Sultan Selangor terima menghadap Mohamad Sabu - Utusan Malaysia

Sultan Selangor terima menghadap Mohamad Sabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu buat julung kalinya di Istana Bukit Kayangan di sini, sejak Ahli Parlimen Kota Raja itu dilantik sebagai Menteri Persekutuan pada 21 Mei lepas.

Sultan Sharafuddin ialah Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Turut menghadap baginda pada pertemuan yang berlangsung kira-kira sejam itu ialah Panglima TLDM Laksamana, Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohamad, yang ditemui pemberita kemudian, berkata pelbagai topik disentuh baginda untuk perhatian Kementerian Pertahanan, antaranya berkaitan peralatan dan perolehan selain usaha untuk terus memperhebat TLDM.

“Baginda memberi nasihat yang cukup baik supaya kementerian melihat bagaimana untuk memastikan segala aset serta peralatan yang ada sentiasa diletakkan dalam mod siap siaga dan jika ada keperluan pembelian (aset dan peralatan baharu), ia mestilah sesuai dengan kehendak semasa angkatan laut di seluruh dunia. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini