Sampel makanan diambil bagi kenal pasti punca keracunan - Utusan Malaysia

Sampel makanan diambil bagi kenal pasti punca keracunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING – Jabatan Kesihatan negeri Perak telah mengambil sampel makanan dari gerai-gerai makanan dan bazar Ramadan di Ayer Tawar, Sitiawan bagi mengetahui punca keracunan makanan yang menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun meninggal dunia semalam.

Pengarah Kesihatan Perak, Dr. Ding Lay Ming berkata, sampel berkenaan akan dihantar ke Jabatan Kimia serta Makmal Kesihatan Awam di Kementerian Kesihatan dan keputusan dijangka sekurang-kurangnya dalam masa dua minggu.

“Sampel makanan itu telah diambil sejak kanak-kanak berkenaan dan tiga lagi keluarganya mendapatkan  rawatan di Hospital Seri Manjung (HSM), Sabtu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita menjalankan siasatan kes keracunan makanan itu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP),” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari Tanpa Tembakau 2018 di Wisma Persekutuan Taiping di sini, hari ini.

Semalam, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun meninggal dunia, manakala tiga lagi anggota keluarganya dirawat di HSM dipercayai akibat keracunan makanan di Kampung Changkat Chermin, Ayer Tawar. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini