Sultan Nazrin berkenan sertai 5,000 umat Islam dalam World #QuranHour - Utusan Malaysia

Sultan Nazrin berkenan sertai 5,000 umat Islam dalam World #QuranHour

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Jun – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan menjayakan program World #QuranHour (WQH) di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini.

Baginda tiba pada pukul 11.30 pagi untuk bersama-sama dalam program yang disertai kira-kira 5,000 peserta di masjid berkenaan.

Program WQH yang dianjurkan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) itu menghimpunkan umat Islam sedunia untuk membaca al-Quran secara serentak selama satu jam yang diadakan pada hari ini bersamaan 22 Ramadan 1439H, bermula pukul 12 tengah hari.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yang turut hadir ialah bekas Presiden UIAM, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan rektor UIAM, Prof. Datuk Seri Dr. Zaleha Kamarudin. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini