AZN Empire rai pengedar berjaya catat jualan tertinggi - Utusan Malaysia

AZN Empire rai pengedar berjaya catat jualan tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kegigihan dua usahawan wanita menjalankan perniagaan menjual produk penjagaan kesihatan berjenama AZN keluaran syarikat AZN Empire Sdn. Bhd. (AZN Empire) sejak bulan September 2016, berbaloi apabila mereka dipilih menerima anugerah.

Suri rumah, Mazidah Ismail dan Sharifah Rahmazu Asyikin masing-masing berusia 32 tahun, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Stokis Cemerlang dan membawa pulang barang kemas dan wang tunai bernilai RM1,000. 

Pengasas AZN Empire, Noryahna Mohd. Noor berkata, syarikat menyediakan anugerah kepada pengedar yang berjaya mencatat jualan tertinggi adalah untuk meningkatkan motivasi kepada mereka terus berusaha mencatat kejayaan pada masa depan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Melaluinya juga, ia bakal memberi sema­ngat kepada pengedar dan stokis lain agar sentiasa bersemangat untuk mencatat prestasi jualan yang baik setiap bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena majlis makan malam AZN Empire di Hotel Manja, Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Noryahna menjelaskan, selain meraikan pengedar berjaya, majlis tersebut dilihat dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan pengedarnya di seluruh negara.

“Kami mahu membantu semua golongan yang berpendapatan rendah untuk menyertai peluang perniagaan bagi membolehkan mereka menampung kos sara hidup.
“Sehingga kini, jumlah keseluruhan produk telah terjual sebanyak RM1.3 juta,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini