Jamal guna jalan tikus untuk keluar negara - Utusan Malaysia

Jamal guna jalan tikus untuk keluar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Jun – Polis tidak menolak kemungkinan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos telah keluar dari negara ini melalui jalan tikus.

Jamal guna jalan tikus untuk keluar negara
Jamal Md. Yunos 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, hasil risikan dan siasatan mendapati Jamal telah berada di Indonesia.

“Pihak kita telah memaklumkan kepada pihak berkuasa di Indonesia dan saya juga menulis surat kepada Ketua Polis di sana mengenai Jamal,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran Op Selamat 13 di Pusat Konvesyen dekat sini hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, Mohamad Fuzi memberitahu, pihaknya juga masih mengesan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang menjadikan Brunei sebagai transit sebelum ke luar negara.

“Kita masih kesan beliau, ada yang mengatakan Musa berada di Brunei namun tiada lokasi spesifik dinyatakan.

“Susulan itu, pihak kami juga telah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa di Brunei bagi mengesan bekas ketua menteri Sabah itu sekiranya masih disana,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini