BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 7 JUN 2018 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 7 JUN 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG ingin mengajak seluruh umat Islam untuk sama-sama meluangkan masa selama satu jam hari ini untuk berinteraksi dengan al-Quran sempena World #QuranHour. Program tahun keempat itu juga mengambil semangat dan keberkatan 10 hari terakhir bulan Ramadan.

Peruntukkanlah satu jam bersama al-Quran mulai pukul 12 te­ngah hari hingga 1 petang ini. Biar negara bergema dengan kalam Ilahi sehingga ke seluruh dunia. Sokonglah program anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas ini di mana sahaja anda berada sama ada di pejabat, rumah, surau atau masjid. Hentikan aktiviti lain untuk satu jam bersama al-Quran.

World #QuranHour bertujuan menggalakkan setiap individu Muslim membaca, memahami dan mengamalkan nilai-nilai yang terdapat di dalam al-Quran. Ia adalah sebagai permulaan ke arah kerangka fikir al-Quran dan akhlak Muslim yang sejati.

Memuatkan artikel berkaitan…

Fokus #QuranHour kali ini adalah surah Al-Hujurat. Baca, faham dan amal ayat-ayat pertama hingga ke-18 surah ini.

Awang percaya banyak intipati surah ini menyentuh kehidupan masyarakat. Antara lain menyelidiki khabar berita yang dibawa, mengajak orang yang berselisih faham untuk berdamai dan bertakwa. Begitu juga larangan mempersenda, mencela dan memang­gil dengan panggilan yang buruk sesama umat serta berburuk sangka. Semoga program ini bermanfaat untuk semua.

AWANG – Ingat guru al-Quran di kampung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini