Jenazah bonda Sultan dimakamkan - Utusan Malaysia

Jenazah bonda Sultan dimakamkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Jenazah Almarhumah bonda Sultan Johor, Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah selamat dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah di sini.

Jenazah Almarhumah bonda Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dimakamkan pada pukul 11.20 pagi sebaris dengan makam cucunda baginda, Almarhum Tunku Abdul Jalil yang mangkat pada 5 Disember 2015.

Istiadat Pemakaman Almarhumah dilangsungkan separuh Istiadat Kemang­katan Diraja sebelum jenazah diusung turun melalui Tangga Agung.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, jenazah Almarhumah Hajah Khalsom diusung dan ditempatkan di atas pedati khas dan selimuti bendera Kerabat Diraja Johor sebelum ditarik oleh 40 Askar Timbalan Setia Negeri sejauh 2.8 kilometer.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini