EKVE beri sumbangan kepada pelajar tahfiz - Utusan Malaysia

EKVE beri sumbangan kepada pelajar tahfiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Jun – Seramai 51 orang pelajar tahfiz di Madrasah Nurul Iman yang terletak di kawasan pembinaan projek Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) baru-baru ini menerima sumbangan ikhlas daripada syarikat pemaju berkenaan.

EKVE dalam kenyataannya berkata, program amal tersebut merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan untuk menyantuni golongan pelajar sempena ketibaan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

“Kesemua pelajar diberi sumbangan dalam bentuk keperluan asas harian seperti barang mentah dan juga pakaian,” menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sumbangan disampaikan oleh Pengarah Eksekutif EKVE Sdn. Bhd., Mohammad Fauzi Ahmad yang turut disertai Ahli Parlimen Hulu Langat, Hassanuddin Mohd. Yunus serta kakitangan EKVE. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×