Tiada guna tegur peniaga - Utusan Malaysia

Tiada guna tegur peniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, SAYA bersetuju dengan pendapat pembaca, Miskin Bandar dalam ruangan FORUM Utusan Malaysia bertarikh 28 Mei lalu. Penulis ada menyentuh tentang pemantauan harga barang.

Setiap kali isu harga barang, maka berbuih-buih mulut agensi-agensi yang berkenaan seperti Jabatan Kastam dan lain-lain agensi menasihatkan para peniaga tidak menaikkan harga sesuka hati bila menjelang musim perayaan.

Bermacam jenis amaran dikeluarkan tetapi agaknya peniaga itu takut atau tidak dengan amaran tersebut? Dari segi pemantauan pula, mampukah pihak yang berkenaan mengawal semua harga barang yang ada di premis perniagaan di seluruh Malaysia?

Memuatkan artikel berkaitan…

Sekali fikir seolah-olah saranan atau ingatan oleh pihak berkuasa agar harga tidak dinaikkan sesuka hati mungkin hanya dianggap sebagai ‘sapaan’ atau gurauan dari seorang kawan yang dah lama tidak berjumpa.

CHECK AND BALANCE

Pengkalan chepa, Kelantan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini