KUALA LUMPUR 5 Jun – Kerajaan tidak perlu ‘membuang masa’ untuk menggunakan saluran diplomatik termasuk Interpol bagi mengesan Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos kerana dia masih berada di dalam Malaysia.
Rakaman suara dipercayai suara Jamal Md. Yunos
Dakwaan itu dibuat melalui satu rakaman percakapan yang baharu sahaja di muat naik di laman laman Youtube Online News turut mendakwa kesalahan yang dilakukannya sehingga diburu sebegini hanyalah kesalahan kecil.
“Sebagai contoh memprotes pesta arak dengan memecahkan botol arak di pejabat SUK dengan ‘hammer’.
“Kesalahan tersebut hanya didenda tidak melebihi RM400,” dakwa suara dipercayai Jamal di dalam rakaman tersebut.
“Jadi terpulang kepada pihak kerajaan meminta pihak Interpol atau kerjasama negara luar tetapi bagi saya, saya masih lagi berada di dalam negara,” kata suara itu sambil menambah perkara ini turut disahkan oleh pihak Imigresen bahawa dia belum keluar dari sempadan negara. – UTUSAN ONLINE











