Lelaki jual mercun ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki jual mercun ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 5 Jun – Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an menerima padah setelah memiliki dan menjual mercun di Pasar Ramadan Bandar Puteri Jaya, Jalan Kuala Ketil, di sini hari ini.

Ketua Kastam Daerah Sungai Petani, Mohd. Sukri Jusoh berkata, pegawai kastam bertindak setelah menerima maklumat daripada orang awam ekoran terdapat beberapa penjual barangan itu di tempat berkenaan.

“Semua barangan itu tidak sempat dilarikan oleh pemiliknya sebaik sahaja anggota kastam seramai lapan orang diketuai Pegawai Penguatkuasa Azwar Muhammad Noor tiba di situ, kira-kira pukul 5.30 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Adalah menjadi satu kesalahan bagi sesiapa sahaja memiliki barang seumpama itu mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967,” katanya kepada pemberita, di sini.

Menurutnya, kastam akan mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang menjual barangan tersebut sebaik sahaja menerima aduan daripada orang awam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini