Guna teknologi automasi untuk kurangkan pekerja asing - Utusan Malaysia

Guna teknologi automasi untuk kurangkan pekerja asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI – Kementerian Sumber Manusia menjangka dunia pekerjaan di Malaysia akan beralih secara beransur-ansur kepada sektor automasi dalam usaha mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing.

Menterinya, M. Kulasegaran berkata inisaitif itu mencontohi langkah diambil negara maju seperti Jerman, yang menggunakan kemahiran teknologi dalam beberapa sektor pekerjaan.

“Saya difahamkan penternakan itik di Jerman kini tidak lagi menggunakan tenaga manusia. 100 peratus automasi dan dia boleh, kenapa kita tak boleh?” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat daripada pihak pengurusan NIOSH serta melakukan lawatan ke Unit Latihan Bergerak NIOSH di ibu pejabatnya di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami  tidak meminta rakyat melakukannya (beralih kepada automasi) dengan serta-merta, tapi  mengurangkannya secara beransur-ansur kerana saya selalu kata, anda tidak boleh menentang teknologi, tapi anda perlu bergerak seiring dengannya,” kata beliau.

Beliau berkata, tenaga kerja hanya merupakan satu daripada komponen pemacu dalam perniagaan dan oleh itu, majikan perlu meneroka peluang ditawarkan teknologi agar mereka tidak ketinggalan.

Menurut Kulasegaran, kementerian itu akan memberi masa kepada majikan untuk mengurangkan  penggunaan  tenaga kerja asing secara berperingkat. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini