Jamal dakwa masih berada di Malaysia - Utusan Malaysia

Jamal dakwa masih berada di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamad Md. Yunos menegaskan bahawa beliau masih berada di dalam negara ini. 

Beliau berkata, usaha kerajaan meminta kerjasama daripada pihak berkuasa negara luar termasuk polis antarabangsa (Interpol) sebelum ini adalah tindakan sia-sia.

Dakwanya, beliau tidak melakukan sebarang jenayah berat sehingga boleh mengancam negara. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Menteri Dalam Negeri) nak minta kerjasama polis negara luar dan interpol untuk mencari saya satu perkara yang membuang masa. 

“Ini kerana saya masih berada dalam negara,” katanya menerusi satu rakaman audio berdurasi dua minit yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp hari ini. 

Jamal yang merupakan Pengerusi Gerakan Baju Merah memberitahu, pihak Interpol khususnya tidak perlu melayan perkara (permintaan kerajaan) kerana apa yang dilakukannya bukan satu jenayah (berat) tetapi kesalahan kecil. 

“Contohnya, saya mengadakan protes pesta arak dengan memecahkan botol-botol arak di hadapan pintu masuk bangunan SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor) dengan menggunakan tukul, kesalahan itu didenda hanya RM400. 

“Begitu juga dengan kesalahan lain mengadakan perhimpunan tanpa permit, saya dikenakan denda RM100,” jelasnya. 

Semalam, Muhyiddin dipetik menegaskan bahawa Polis Diraja Malaysia bekerjasama dengan Polis Indonesia bagi menjejak Jamal yang dikatakan melarikan diri ke republik itu.

Pada 1 jun lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan bahawa PDRM telah mendapatkan waran tangkap ke atas Jamal di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan iaitu melarikan diri daripada tahanan yang sah. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini