Peniaga dicekup sebelum sempat jual mercun dan bunga api - Utusan Malaysia

Peniaga dicekup sebelum sempat jual mercun dan bunga api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Hasrat seorang lelaki untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan menjual bunga api dan mercun seludup menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak kesampaian apabila dia ditahan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) hari ini.

Lelaki tempatan berusia lingkungan awal 30an dan merupakan seorang peniaga itu ditahan dalam serbuan di rumah sewanya di Kampung Tanah Merah, Pendang dekat sini kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Komander Aksem negeri, Abdul Latif Abd. Rahman berkata, serbuan yang dibuat berdasarkan maklumat itu berjaya menemui pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM36,000 termasuk cukai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Stok bunga api dan mercun ini dipercayai untuk pasaran sekitar Pendang sempena hari raya tidak lama lagi,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Aksem di sini hari ini.

Kata beliau, antara jenis mercun yang dirampas adalah mercun bola, mercun papan dan  mercun roket.

“Kes diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki atau menyimpan barang belum lulus Kastam atau barang larangan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini