[VIDEO] Rosmah selesai beri keterangan kepada SPRM - Utusan Malaysia

[VIDEO] Rosmah selesai beri keterangan kepada SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 5 Jun- Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes SRC International Sdn. Bhd. selepas berada lima jam di ibu pejabat suruhanjaya itu.

Rosmah keluar daripada ibu pejabat SPRM pada pukul 3.45 petang, terdahulu beliau tiba pada pukul 10.45 pagi selepas dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kes SRC International Sdn. Bhd iaitu anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, Rosmah memilih untuk tidak bercakap kepada pemberita selepas memberi keterangan dan terus menaiki kereta Mercedes Benz berwarna perak dengan plat pendaftaran WQF 11.

Memuatkan artikel berkaitan…

Notis yang memerintahkan Rosmah hadir ke ibu pejabat SPRM pada pukul 11 pagi hari ini bagi memberi keterangan diserahkan pada Jumaat lalu di kediamannya di Jalan Langak Duta, Kuala Lumpur pada pukul 4 petang.

Turut kelihatan hadir bersama Rosmah ke ibu pejabat SPRM ialah anak perempuanya, Nooryana Najwa Najib dan suami Daniyar Kessibayev serta barisan peguam, Datuk K. Kumaraendran dan Datuk Geethan Ram Vincent.

Bagaimanapun, Nooryana Najwa dan suaminya dilihat meninggalkan ibu pejabat SPRM lebih awal iaitu pada pukul 11.40 pagi dan kemudiam datang semula selepas Rosmah selesai memberi keterangan.

Kumaraendran ketika bercakap kepada pemberita berkata, anak guamnya selesai memberi keterangan dan Rosmah memberi kerjasama penuh kepada suruhanjaya itu bagi membantu siasatan.

“Proses mengambil keterangan berlangsung selama tiga jam, anak guam saya memberikan kerjasama penuh. SPRM juga melakukan tugas mereka dengan profesional,”katanya tanpa mengambil sebarang soalan daripada pemberita.

Sebelum ini bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dipanggil sebanyak dua kali oleh SPRM untuk memberi keterangan berbubung kes yang sama iaitu pada 22 dan 24 Mei lalu yang mengambil masa lima hingga tujuh jam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini