Dia hanya kekasih, bukan isteri - Tajul - Utusan Malaysia

Dia hanya kekasih, bukan isteri – Tajul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Jun – Dia hanya kekasih.

Itu jawapan yang diberikan penyanyi Tajul Arif, 20, ketika ditanya mengenai status wanita bernama Nurul Syamieza Eddie yang digelarnya sebagai ‘wife’ baru-baru ini.

Jelas Tajul, dakwaan yang mengatakan dia sudah berkahwin juga tidak benar kerana dia tidak sangka video yang dirakamkannya secara suka-suka itu tular.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ya, dia kekasih, saya tidak sangka tular.

“Saya belum berkahwin,” katanya ringkas kepada Utusan Online.

Sementara itu Tajul yang popular menerusi Sedalam Dalam Rindu juga memberitahu, dia juga akan membuat pendedahan terhadap perkara ini dengan lebih jelas kepada media tidak lama lagi.

“Jangan risau saya terangkan dalam waktu terdekat. Tetapi buat masa ini saya masih perlu berhubung dengan pihak pengurusan saya dahulu,” katanya.

Ditanya mengenai profil wanita itu di laman Instagram yang menggunakan akaun @icaaeddie yang meletakkan tanda #T Love #immarried, Tajul bagaimanapun tidak tahu sama ada T itu merujuk kepada dirinya.

“Saya tidak tahu, bagi saya sesiapa boleh letak apa sahaja yang dia mahu di bahagian tersebut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini