Adik lelaki didakwa tampar, ugut bunuh kakak kandung - Utusan Malaysia

Adik lelaki didakwa tampar, ugut bunuh kakak kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Jun – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menampar pipi dan melakukan ugutan jenayah terhadap kakak kandungnya, Sabtu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

N. Murugan, 33, didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu terhadap N. Raja Saluja, 36, pada pukul 12.30 tengah malam, 2 Jun lalu di sebuah rumah di Taman Intan Baiduri, Sentul di sini.

Tertuduh yang bekerja sebagai pemandu lori itu didakwa telah menampar satu kali pipi mangsa. Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bapa dua anak itu turut didakwa telah mengeluarkan kata-kata ugutan ‘aku bunuh kau’ kepada mangsa. Dia didakwa mengikut Seksyen 506 kanun sama kerana menakutkan secara jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Noorelynna Hanim Abd. Halim tidak mencadangkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah dikenakan kepadanya.

Majistret Maizatul Munirah Abdul Rahman membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Julai ini, sebutan semula kes.

Difahamkan, tertuduh bertindak sedemikian dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana mabuk. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN