Mesej raya TNB melalui 'rumah epik fantastik' - Utusan Malaysia

Mesej raya TNB melalui ‘rumah epik fantastik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Jun – Bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sekali lagi menambat hati rakyat Malaysia dengan menampilkan iklan raya terbaharu bertajuk `Rumah epik fantastik’.

Iklan itu menitikberatkan kepentingan toleransi, nilai perpaduan, hormat menghormati serta kesabaran sesama ahli keluarga.

Video iklan 60 saat itu mengisahkan bagaimana seorang remaja lelaki yang membantu neneknya dalam membuat persiapan Aidilfitri dan menyambut ketibaan saudara mara yang pulang ke kampung. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun, dalam kesibukan dan keriuhan ahli keluarga yang besar di bawah satu bumbung, mereka masih berkongsi kegembiraan saling hormat-menghormati antara satu sama lain, kesabaran dan kerjasama sesama ahli keluarga.

Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Roslan Ab. Rahman berkata,  seperti iklan-iklan perayaan TNB sebelum ini, antara mesej yang disampaikan melalui plot iklan kali ini bukan sahaja khusus untuk umat Islam yang menyambut Hari Raya Aidilfitri namun ditujukan untuk seluruh rakyat Malaysia. 

“Saya percaya setiap rakyat Malaysia sudah biasa melihat pelbagai keadaan ketika mahu pulang ke kampung terutama semasa Hari Raya Aidilfitri, maka iklan ini diharap dapat meneruskan tradisi warisan ibu bapa kita yang mengamalkan amalan berkongsi kegembiraan di kampung halaman. 

“Iklan ini menonjolkan sifat kekeluargaan dalam sebuah rumah yang jelas menunjukkan sikap bertolak ansur dalam masyarakat sekarang, “ katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan iklan raya TNB di sini hari ini. 

Iklan tersebut akan disiarkan di beberapa rangkaian televisyen bermula 11 Jun hingga 22 Jun ini manakala, iklan penuh boleh ditonton di youtube.com/TENAGAofficial #RayaEpikFantastik mulai hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini