KUALA LUMPUR 5 Jun – Kebergantungan kepada pekerja warga asing perlu dikurangkan secara berperingkat dan digantikan dengan penggunaan automasi dan teknologi.
Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata, automasi dan penggunaan teknologi yang lebih canggih akan mewujudkan permintaan tersendiri bagi pekerja berkemahiran lebih tinggi, yang kebiasaannya datang dengan gaji lebih baik dan boleh diisi oleh pekerja tempatan.
“Kita bagi masa kepada majikan untuk peralihan daripada produktiviti berasaskan buruh kepada teknologi,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri taklimat dan melawat unit latihan bergerak Institusi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) di Bangi, dekat sini hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Dr. Mohd. Gazali Abas dan Pengerusi NIOSH, Tan Sri Lee Lam Thye. – UTUSAN ONLINE











