Bonus RM1,000 untuk penjawat awam Pulau Pinang sempena Aidilfitri - Utusan Malaysia

Bonus RM1,000 untuk penjawat awam Pulau Pinang sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sempena Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada sejumlah 3,600 penjawat awam negeri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pembayaran bonus itu akan dibuat pada Rabu depan bagi meringankan beban penjawat awam untuk membuat persiapan bagi menyambut lebaran yang bakal diraikan minggu depan.

“Pemberian bonus ini akan melibatkan sejumlah RM3.6 juta dan semoga bantuan khas ini dapat membantu dalam persiapan perayaan kali ini,” katanya selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam di sini hari ini.

Antara yang turut hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Law Choo Kiang, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri II, Prof Dr. P. Ramasamy, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus dan semua barisan exco kerajaan negeri.

Beliau turut berterima kasih kepada semua penjawat awam negeri atas kerjasasama dan kepercayaan yang diberikan kepada barisan kepimpinan kerajaan negeri yang baharu. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini