Konkusi punca prestasi Karius hambar - Utusan Malaysia

Konkusi punca prestasi Karius hambar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOSTON 5 Jun – Doktor berpangkalan di Boston, Amerika Syarikat (AS) menyimpulkan penjaga gol Liverpool, Loris Karius mengalami konkousi pada aksi final Liga Juara-Juara menentang Real Madrid sehingga menjejaskan persembahannya.

Berdasarkan kenyataan Dr. Ross Zafonte dan Dr. Lenore Herget, Karius menjalani pemeriksaan di Hospital Massachussetts dan Hospital Rehabilitasi Spaulding mendapati pemain tersebut mengalami konkusi.

Karius cedera selepas dilanggar oleh pertahanan Real, Sergio Ramos yang didapati menyiku kepalanya sebelum penjaga gol Jerman itu melakukan dua kesilapan mudah sekali gus memberi kemenangan kepada skuad Los Blancos itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Karius mengadu kepada pengadil terhadap kekasaran yang dilakukan oleh Ramos pada minit ke-49 namun pertahanan Sepanyol itu tidak dikenakan tindakan. Dua minit kemudian, Karius melakukan kesilapan apabila balingannya berjaya dipintas oleh Karim Benzema untuk gol pembukaan perlawanan.

Karius turut dipersalahkan untuk gol ketiga Real apabila gagal menahan dengan kemas rembatan penyerang Real, Gareth Bale sekali gus menyebabkan The Reds tewas 3-1 dalam aksi final tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini