Teruskan tuntut 
Pulau Batu Puteh - Utusan Malaysia

Teruskan tuntut 
Pulau Batu Puteh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, SAYA berasa amat kecewa dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan yang membuat keputusan mengkaji semula kemungkinan menarik diri daripada mengemukakan rayuan terhadap tuntutan kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh yang menjadi perebutan dan dimenangi oleh Singapura sebelum ini.

Kita semua maklum, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah seorang ‘ultra nasionalis’ dan sebagai insan sedemikian, saya yakin tidak mungkin semudah itu beliau boleh melepaskan peluang mendapatkan semula wilayah Malaysia itu daripada negara jiran.

Pada masa sama, Dr. Mahathir dalam sidang akhbarnya baru-baru ini ada menyebut akan membina pulau kecil di kawasan Batuan Tengah yang terletak berhampiran Pulau Batu Puteh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tindakan ini dilihat akan menjengkelkan Singapura. Persoalannya, apakah kerajaan sekarang tidak yakin dengan usaha pasukan peguam negara untuk mendapatkan kembali hak ke atas Pulau Batu Puteh, umpama kerja sia-sia?

Sebagai warganegara, saya berpendapat kita seharusnya menggunakan apa juga peluang untuk mendapatkan semula wilayah Malaysia. Melainkan Dr. Mahathir mempunyai muslihat tersembunyi.

Hubungan antara Malaysia dan Singapura sentiasa ‘mesra tetapi hangat’ semasa pemerintahan beliau dahulu.

Bagaimanapun, tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh soal kedaulatan negara dan kita perlu merebut semula pulau tersebut dengan apa cara sekalipun demi kedaulatan wilayah Tanah Melayu yang tercinta.

PAK LANG SOJAR

Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini