Tujuh lelaki tidak puasa ditahan di Manjung - Utusan Malaysia

Tujuh lelaki tidak puasa ditahan di Manjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT – Pejabat Agama Islam Daerah Manjung menahan tujuh lelaki beragama Islam kerana tidak berpuasa dalam operasi yang dijalankan sejak 1 Ramadan sehingga Jumaat lalu di sekitar daerah Manjung.

Ketua Penguat kuasa Agama daerah Manjung, Hafez Rezal Abd. Manan berkata, operasi dijalankan di beberapa kedai makan termasuk di Sitiawan, Kampung Koh, Pantai Remis, Beruas dan Kampung Jering. 

Katanya, kesemua lelaki yang ditahan berumur 45 tahun ke atas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kebanyakan mereka makan di kedai makan orang bukan Islam untuk dijadikan lokasi kaki ponteng dan ia juga sering menjadi lokasi serbuan setiap tahun. 

“Kami turut menasihati beberapa individu yang tidak berpuasa dengan kebanyakannya berumur lebih muda supaya tidak mengulangi perkara sama,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini