Siti Kasim: Bernama diarah beri penjelasan - Utusan Malaysia

Siti Kasim: Bernama diarah beri penjelasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Jun – Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) diarahkan supaya menjelaskan sebab membatalkan program temu bual dengan peguam Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim, hari ini.

GOBIND SINGH
GOBIND SINGH DEO

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, agensi berita tersebut perlu mengeluarkan kenyataan rasmi dalam tempoh terdekat.

“Bernama perlu mengeluarkan satu kenyataan dengan segera memberikan penjelasan berkenaan perkara ini dengan alasan-alasan kenapa temubual itu dibatalkan,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian dalam status yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya, hari ini.

Terdahulu, Siti Kasim menyatakan rasa kesal apabila program temubual bertajuk Malaysia Baharu: Cabaran-cabaran dan Pembaharuan Semula yang dijadualkan disiarkan secara langsung di Bernama News Channel (BNC) pada pukul 3.30 petang hari ini dibatalkan secara mengejut.

Aktivis hak asasi manusia itu menyifatkan tindakan mengejut itu menunjukkan Malaysia Baharu yang diraikan pelbagai pihak di negara ini masih belum berubah. – UTUSAN ONLINE


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini