Salleh jalankan tugas Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah - Utusan Malaysia

Salleh jalankan tugas Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 4 Jun – Datuk Seri Salleh Said Keruak dilantik menjalankan tugas-tugas Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah bagi menggantikan Tan Sri Musa Aman untuk tempoh tertentu.

SALLEH SAID KERUAK
SALLEH SAID KERUAK

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tanggungjawab itu diberikan bagi memberi peluang kepada Musa untuk fokus terhadap isu perundangan yang dihadapinya.

Beliau memberitahu, keputusan itu dibuat dengan melihat kepada keperluan bagi menyelesaikan masalah yang wujud dalam parti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Salleh Said Keruak akan menjalankan tugas-tugas itu kerana kita yakin Musa akan memfokuskan kepada isu perundangan yang ditangani terutama petisyen pilihan raya.

“Ini keputusan yang kita buat untuk masa ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis Perjumpaan Bersama Perwakilan Negeri dan Majlis Iftar Ramadan bersama pemimpin-pemimpin UMNO negeri di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini