Jad Noureddine perkuat benteng pertahanan Perak - Utusan Malaysia

Jad Noureddine perkuat benteng pertahanan Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Skuad bola sepak Perak menandatangi seorang pemain pertahanan import dari Lebanon, Jad Noureddine dalam usaha memperkemaskan lagi pasukan The Bos Gaurus menghadapi perlawanan dalam saingan Liga Malaysia musim ini. 

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Ahmad Shahrul Azhar Soffian berkata, pemain berusia 26 tahun itu akan menggantikan pemain import kouta Asia, Robert Cornthwaite yang kini mengalami kecederaan.

“Disebabkan Cornthwaite tidak dapat beraksi untuk tempoh yang lama atas sebeb kecederaan, pihak pengurusan dan kejurulatihan bersetuju untuk menggantikannya dengan pemain import lain. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas mengadakan perbincangan, Pafa bersetuju untuk menandatangani Noureddine sebelum tarikh akhir pendaftaran pemain import berakhir semalam,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat Pafa di sini sebentar tadi. 

Ahmad Shahrul yang juga Pengurus Pasukan berkata, Pafa berharap keputusan menandatangani Noureddine akan memberi impak yang lebih baik kepada pasukan. 

Sementara itu, Noureddine yang pertama kali akan bermain dengan pasukan di Malaysia berkata, dia akan memberikan aksi yang terbaik buat pasukan dan meneruskan rentak kemenangan pada perlawanan akan datang. 

“Saya pernah bermain dua tahun di Indonesia bersama Arema FC dan Pusamania Borneo FC, saya rasa corak permaianan antara dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia ini tidak banyak beza. 

“Saya mengenali Liga Malaysia daripada rakan seperjuangan daripada pasukan kebangsaan Lebanon iaitu Mohammed Ghaddar dan beberapa rakan lain yang bermain di sini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini