SMT Melaka rai pelajar kurang kemampuan - Utusan Malaysia

SMT Melaka rai pelajar kurang kemampuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 4 Jun – Sebanyak 42 pelajar Sekolah Menengah Teknik (SMT) Melaka di Bukit Piatu di sini dibawa membeli-belah pakaian raya sempena program Titian Kasih di Pasar Raya Mydin Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh di sini petang ini.

Program tersebut dianjurkan secara bersama oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa, koperasi dan kakitangan warga sekolah berkenaan.

Menurut guru penyelaras program, Kamariah Tomiran, pihaknya mengadakan kutipan sumbangan daripada ibu bapa, PIBG dan koperasi sekolah sejak awal Ramadan dan memilih sebanyak 124 pelajar kurang berkemampuan dan anak yatim di sekolah itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Daripada jumlah itu, sebanyak 22 pelajar yang merupakan anak yatim akan menerima bantuan duit raya RM50 setiap seorang.

“Pada petang ini pula, pihak sekolah membawa 40 daripada 42 orang membeli-belah barangan keperluan hari raya di mana setiap pelajar diperuntukkan sebanyak RM100 seorang, manakala 60 lagi pelajar akan menerima wang saku menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui di Mydin MITC, sebentar tadi.

Selain Kamariah, turut hadir pada program itu ialah Ahli Jawatankuasa PIBG SMT Melaka, Kamarudin Bakar dan tiga guru pengiring sekolah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini