Warga Afrika cedera, bergaduh kerana mercun - Utusan Malaysia

Warga Afrika cedera, bergaduh kerana mercun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Jun – Dua lelaki warga Afrika dan seorang wanita Nigeria cedera dalam pergaduhan dengan warga tempatan berpunca daripada mercun bunga api dalam kejadian di belakang sebuah restoran di Puchong Prima dekat sini awal pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…
MOHAMMAD AZLIN SADARI
MOHAMMAD AZLIN SADARI

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, pergaduhan berlaku apabila warga Afrika tersebut mengambil mercun bunga api daripada seorang lelaki tempatan tanpa membuat bayaran.

“Seorang lelaki Afrika cedera di bahagian kepala dan kini mendapatkan rawatan di zon kuning manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah iaitu pendarahan di kepala dan bahagian belakang badan serta dirawat di zon merah. Dia bagaimanapun sudah stabil dan kini di rawat di zon kuning.

“Turut tercedera dalam pergaduhan tersebut adalah seorang perempuan Nigeria,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini