Kredibiliti PH mula dipersoal - Utusan Malaysia

Kredibiliti PH mula dipersoal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Jun – Penolakan banyak pihak mengenai cadangan melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara bukanlah semata-mata melibatkan isu agama dan kaum, namun turut membabitkan soal kredibiliti dan moral kerajaan Pakatan Harapan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pensyarah Undang-undang, Dr. Shamser Singh Thind berkata, jika diikutkan dari segi perundangan, Tommy sememangnya layak, malah tiada peruntukan dalam Perlembagaan mengatakan bahawa Peguam Negara perlulah seorang Melayu dan Islam.

Namun begitu, menurut Shamser, Tommy telah lama menunjukkan ‘minat’ kepada Pakatan Harapan apabila menjadi peguam kerajaan negeri Pulau Pinang semasa Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjawat jawatan Ketua Menteri di samping peguam bela dalam kes banglo Guan Eng.

“Sebagai seorang peguam, Tommy sememangnya perlu mengamalkan sikap berkecuali, tetapi sebenarnya dia telah menunjukkan kecenderungan tinggi kepada Pakatan Harapan sejak sebelum menjadi kerajaan lagi.

“Bukankah hal ini sekali gus boleh mengakibatkan persepsi negatif dalam kalangan rakyat mengenai kredibiliti kerajaan apatah lagi dahulu kepemimpinan Pakatan Harapan sering mengatakan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali ‘menyebelahi’ pentadbiran kerajaan terdahulu?,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN