Cadangan lantik Tommy Thomas bercanggah Perlembagaan Persekutuan - Utusan Malaysia

Cadangan lantik Tommy Thomas bercanggah Perlembagaan Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Jun – Keputusan kerajaan Pakatan Harapan mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara baharu seperti dilaporkan adalah bercanggah dengan Perkara 145 (2) Perlembagaan Persekutuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perkara itu merupakan salah satu daripada 10 sebab mengapa Tommy tidak sesuai dilantik sebagai Peguam Negara yang dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Profesor Datuk Mahamad Naser Disa.

Mahamad Naser berkata, keputusan mencadangkan Tommy itu juga boleh mendatangkan kerumitan kepada penggubalan dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan yang menyentuh isu-isu membabitkan Islam.

“Mencadangkan Tommy sebagai Peguam Negara boleh menjejaskan dasar kerajaan dan boleh mendatangkan keresahan kepada rakyat kerana pandangan beliau yang bercanggah dengan pendirian kerajaan terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Rukun Negara,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mahamad Naser berkata, cadangan Pakatan Harapan itu juga bercanggah dengan janji 11 dalam manifesto mereka yang menjelaskan Kerajaan Pakatan Harapan akan sentiasa meletakkan pandangan dan teguran Raja-raja Melayu di tempat tertinggi, sesuai dengan kedudukan Raja Berperlembagaan dalam negara.

Beliau menjelaskan, perkara tersebut turut bercanggah dengan janji 15 dalam manifesto Pakatan Harapan yang menyebut Peguam Negara akan dilantik dalam kalangan Ahli Parlimen pakatan itu yang berkelayakan dan akan menjadi seorang Menteri yang boleh meneruskan peranan sebagai penasihat undang-undang bagi kerajaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini