JOHOR BAHRU: Johor mencatatkan 278 kes Covid-19 hari ini sekali gus menjadikan jumlah tertinggi sejak wabak melanda bermula Mac lalu.
Jabatan Kesihatan negeri memaklumkan, Kluang daerah paling tinggi kes positif Covid-19 iaitu 234 kes dan diikuti Johor Bahru 39 kes.
“Selain itu, daerah Kota Tinggi, Kulai dan Batu Pahat masing-masing mencatatkan satu kes manakala terdapat dua kes import.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kata Jabatan Kesihatan Negeri, sebanyak 57 kes sembuh dicatatkan pada hari ini.
Semalam, Johor mencatatkan 156 kes positif Covid-19. – UTUSAN











