Projek HSR bukan RM110 bilion tetapi RM72 bilion – Najib - Utusan Malaysia

Projek HSR bukan RM110 bilion tetapi RM72 bilion – Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Mei – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan Jawatankuasa Bersama Malaysia–Singapura sehingga awal tahun ini mengunjurkan kos bagi projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) adalah kira-kira RM72 bilion dan bukan RM110 bilion, meliputi pengambilan tanah dibayar kepada rakyat Malaysia.

Katanya, unjuran kos berkenaan berasaskan kepada penilaian antarabangsa yang dilakukan dan dikemukakan sebelum ini.

Menurut beliau, kos sebenar hanya diketahui apabila tender sepenuhnya bagi mereka bentuk, membina, pembiayaan dan penyelenggaraan kesemua stok guling (rolling stock) dan aset keretapi HSR, yang dijangka ditutup sepenuhnya pada 28 Disember ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehubungan itu, kerajaan Pakatan Harapan seharusnya memberitahu kita bagaimana mereka memperolehi angka RM110 bilion? Adakah angka ini juga dinaikkan atas dasar politik sebagaimana dilakukan terhadap angka RM1 trilion bagi ‘hutang negara?’

“Saya juga terkejut dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyatakan bahawa Malaysia tidak mendapat pulangan sesen pun daripada projek HSR. Realitinya, projek infrastruktur seperti HSR ini membawa pulangan dan manfaat dalam bentuk kenaikan nilai hartanah, kepesatan ekonomi setempat, pemindahan teknologi, peluang pekerjaan pendapatan tinggi, kemasukan tenaga pakar ke dalam negara dari Singapura serta pelancongan,” katanya dalam laman Facebook di sini semalam.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini mengumumkan projek HSR dibatalkan selain menyifatkan projek tersebut tidak efisien untuk diteruskan kerana hanya untuk membuka kira-kira 100,000 peluang pekerjaan.

Kerajaan Pakatan Harapan juga dijangka perlu membayar pampasan kira-kira RM500 juta berhubung pembatalan projek tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini