Pemilik agensi pelancongan didakwa tipu pemilik agensi lain - Utusan Malaysia

Pemilik agensi pelancongan didakwa tipu pemilik agensi lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 10 Julai – Seorang pemilik sebuah agensi pelancongan haji dan umrah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu pemilik agensi pelancongan lain berhubung Visa Furada membabitkan kerugian RM150,000, tahun lalu.

Pemberian Visa Furada (visa urusan sendiri) kepada mana-mana individu atau syarikat terpilih yang menawarkan pakej haji adalah hak mutlak kerajaan Arab Saudi.

Aminuddin Ab. Rahman, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu di Mr. Travel and Services Sdn. Bhd., Jalan BP 7/12, Bandar Bukit Puchong, Puchong dekat sini, 26 Ogos 2017.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan curang menyerahkan 32 salinan visa jemaah milik syarikah Haji Harun Seh Umrah & Tours Sdn. Bhd. kepada Razinah Ayob, 63, yang dia percayai salinan visa tersebut adalah Visa Furada yang diuruskan olehnya.

Oleh itu, mangsa  kemudian telah menyerahkan wang berjumlah RM150,000 secara tunai sebagai bayaran untuk mendapatkan Visa Furada iaitu dia tidak akan menyerahkan wang tersebut sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.

Bapa dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat serta denda.

Hakim Norshila Kamaruddin membenarkan Aminuddin diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali di samping menetapkan 15 Ogos ini untuk sebutan kes dan serahan dokumen. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×