Ustaz Kazim dakwa ceramah disekat, sahkan mahu jual bangunan tahfiz di Manjoi - Utusan Malaysia

Ustaz Kazim dakwa ceramah disekat, sahkan mahu jual bangunan tahfiz di Manjoi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Penceramah bebas terkemuka, Datuk Ustaz Mohd. Kazim Elias mendakwa dirinya dihalang daripada menyampaikan ceramah sekali gus menyebabkan Pusat Pendidikan Tahfiz Al-Barakah, Manjoi miliknya terjejas.

Ustaz Kazim yang juga pengetua dan pengasas pusat tersebut berkata, pihaknya terpaksa mengambil keputusan menjual sebahagian unit bangunan berkenaan selepas menghadapi masalah kewangan apabila tidak dibenarkan berceramah. 

“Pusat ini memerlukan kira-kira RM150,000 sebulan bagi menampung kos keseluruhan yang menempatkan 100 orang pelajar. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya terpaksa membuat keputusan menjual Unit Tahfiz bagi menampung kos pentadbiran dua unit lain iaitu Tadika Nurul Barakah dan Pengajian Pondok untuk dewasa,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. 

Sementara itu, dalam satu status yang dimuat naik Ustaz Kazim dua jam lalu, beliau mendakwa dia disekat dalam menyampaikan ceramah dan satu sidang akhbar akan dibuat pada pagi esok bagi menjelaskan keadaan terkini mengenai pusat tahfiz tersebut. 

Sejak awal pagi tadi, sekeping gambar mengenai pusat tahfiz berkenaan yang mahu dijual telah diiklankan di laman mudah.my pada Sabtu lalu.

Satu status Ustaz Kazim yang mahu menjual pusat tahfiz tersebut turut tular di media sosial Facebook dan WhatsApp. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×