KPKT pertimbang kaji kategori tahap risiko kawasan rekreasi - Utusan Malaysia

KPKT pertimbang kaji kategori tahap risiko kawasan rekreasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mempertimbang untuk melaksana kajian berkenaan penyusunan kategori dan tahap bahaya di kawasan rekreasi kepada pengunjung di negara ini.

Menterinya, Zuraidah Kamaruddin berkata, kajian melibatkan khusus bagi aktiviti air, kawasan hutan serta gunung yang berisiko kepada pengunjung sebagai langkah berjaga-jaga.

“Mungkin perlu ada panduan khas sebelum mereka masuk ke sesuatu kawasan, (sepertimana) kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis supaya mereka dapat dipantau,” katanya pada sidang akhbar selepas lawatan kerja ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri di Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau diminta mengulas mengenai keperluan untuk mengkategorikan kawasan rekreasi risikos usulan kejadian 12 budak lelaki dan jurulatih pasukan bola sepak sekolah yang terperangkap di dalam gua akibat banjir di Thailand baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Pengarah JBPM, Mohammad Hamdan Wahid dan Pengarah JBPM  Perak, Datuk Yahaya Madis.

Zuraidah berkata, Perak antara negeri yang mempunyai banyak gua, selain aktiviti air iaitu tarikan pengunjung yang perlu diberi perhatian terutama dari segi aspek keselamatan. 

“Sebagai contoh di Pengkalan Hulu, ada guru-guru ke sana menggunakan garis panduan daripada pihak bomba untuk memandu mereka, jadi sekiranya apa-apa terjadi (jika berlaku kecemasan), ia boleh diuruskan segera,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×