26 kes kemalangan maut di tempat kerja - Utusan Malaysia

26 kes kemalangan maut di tempat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 10 Julai – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) negeri mencatatkan sebanyak 26 kes kemalangan maut di tempat kerja dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pengarahnya, Ir. Saiful Azhar Mohd. Said berkata, daripada jumlah tersebut, 16 kematian melibatkan sektor 3D (Dangerous, Dirty, Difficult) atau dalam bahasa Melayunya, bahaya, kotor dan sukar terutamanya di tapak pembinaan.

“Antara punca kemalangan hingga menyebabkan kematian pekerja ini adalah disebabkan terjatuh dari tempat tinggi dan tersepit dalam jentera yang dikendalikan oleh mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Faktor kemalangan berlaku termasuklah kerana kegagalan pemaju dan majikan memastikan tahap keselamatan di tempat kerja hingga mendedahkan para pekerja kepada risiko kemalangan,” katanya sempena program Workplace Accident Free Week peringkat negeri bersempena Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2018 di sini sebentar tadi.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Dr. S. Ramakrishnan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×