Said Ali pertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena - Utusan Malaysia

Said Ali pertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 30 Jun – Datuk Said Ali Said Rastan sekali lagi diberi kepercayaan untuk menerajui UMNO Bahagian Pokok Sena apabila berjaya menenangi jawatan ketua dalam pemilihan parti, di sini hari ini.

Beliau yang memperoleh 545 undi menewaskan pencabarnya, Kamarol Salleh yang mendapat 133 undi.

Dalam pada itu, Datuk Ariffin Man berjaya berjaya mempertahankan jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena apabila mendapat lebih 40 undi berbanding pencabarnya, Haris Che Mat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi pertandingan tiga penjuru untuk jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena, Noran Zamini Jamaluddin mendahului dengan 425 undi manakala pesaingnya, Zulkhairi Aziz (185 undi) dan Dr. Mohammad Nawar Ariffin (85 undi).

Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Badrol Hisham Hashim berjaya mempertahankan jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap.

Keputusan rasmi menyaksikan beliau berjaya memperolehi 639 undi sekali gus mengetepikan pencabarnya, Che Sakeri Ibrahim yang mendapat 65 undi.

Terdahulu, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Ghazali Ibrahim masing-masing kekal sebagai penyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap apabila diumum menang tanpa bertanding. – UTUSAN ONLINE

UMNO BAHAGIAN PADANG TERAP
Ketua – Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Ketua – Datuk Seri Ghazali Ibrahim
Naib Ketua – Datuk Badrol Hisham Hashim

UMNO BAHAGIAN POKOK SENA
Ketua – Datuk Said Ali Said Rastan
Timbalan Ketua – Datuk Ariffin Man
Naib Ketua – Noran Zamini Jamaluddin

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN