Lima petugas akhbar AS mati ditembak - Utusan Malaysia

Lima petugas akhbar AS mati ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANNAPOLIS 29 Jun – Suspek berusia 38 tahun yang menembak mati lima petugas akhbar Capital Gazette dalam satu serangan di sini, semalam, dilaporkan pernah menyaman syarikat itu dan seorang wartawannya atas tuduhan memfitnahnya pada 2012.

Memuatkan artikel berkaitan…
JARROS RAMOS
JARROD RAMOS

Menurut sumber pihak ber­kuasa, suspek dikenali sebagai Jarrod Ramos yang tinggal di Laurel, Maryland dilaporkan se­ring mengemukakan tuntutan terhadap akhbar berkenaan di mahkamah dan juga menerusi media sosial.

Berdasarkan keterangan polis dan beberapa saksi, Ramos didakwa menembak pintu kaca syarikat akhbar tersebut terlebih dahulu sebelum melepaskan tembakan rambang ke arah petugas yang berada di dalamnya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Anne Arundel, William Krampf berkata, Penolong Pengarang Capital Gazette, Rob Hiaasen, 59, merupakan antara mangsa yang maut dalam kejadian tersebut.

“Antara mangsa lain yang terkorban termasuk Wendi Winters, 65, Rebecca Smith, 34, Gerald Fischman, 61, dan John McNamara.

“Insiden ini dilihat sebagai satu serangan terancang terhadap Ca­pital Gazette. Suspek sudah bersedia untuk menembak mangsa dan tujuannya melakukan serangan ini adalah untuk mencederakan pihak tertentu,” katanya.

Seorang wartawan jenayah Capital Gazette, Phil Davis menceritakan bahawa dia bersembunyi di bawah mejanya bersama-sama beberapa petugas lain ketika suspek melepaskan tembakan.

Pasukan polis yang tiba di syarikat akhbar tersebut selepas beberapa minit kejadian itu berlaku berjaya menahan suspek yang bersembunyi di bawah meja.

Dendam Ramos terhadap sya­rikat akhbar tersebut dikatakan berpunca selepas bekas wartawan Eric Hartley menulis dalam ruangannya The Capital tentang hubungan suspek de­ngan seorang wanita yang dike­nalinya menerusi media sosial Facebook pada 2011. The Capital merupakan salah satu akhbar terbitan Capital Gazette.

Berang dengan laporan tersebut, Ramos mengemukakan tun­­tutan terhadap Hartley, pengarang dan penerbit, Thomas Marquardt serta syarikat induk akhbar berkenaan, Capital-Gazette Communications.

Pada 2013, mahkamah menolak tuntutan berkenaan sebelum keputusan itu dikekalkan mahkamah rayuan pada 2015.

Difahamkan, sepanjang kes itu dibicarakan di mahkamah, pemilik akaun Twitter yang dikenali sebagai Jarrod W. Ramos dilaporkan memuat naik mesej mengkritik Capital Gazette, Hartley dan sekumpulan hakim di Maryland. Akaun itu dilaporkan tidak aktif sejak Januari 2016 sehinggalah semalam, iaitu sebelum kejadian tembakan di pejabat Capital Gazette. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN