Usahawan muda digesa manfaat platform Perda-ASEAN - Utusan Malaysia

Usahawan muda digesa manfaat platform Perda-ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Jun – Usahawan muda digesa menggunakan platform Persatuan Pedagang ASEAN (Perda-ASEAN) bagi menembusi pasaran ASEAN.

Memuatkan artikel berkaitan…

Presiden Perda-ASEAN, Datuk Moehamad Izat Emir berkata, ia selaras dengan matlamat penubuhan persatuan tersebut untuk menghubungkan sosial dan budaya ekonomi melalui perdagangan di negara-negara ASEAN.

“Ramai lagi Bumiputera yang tidak begitu faham arah tuju untuk mereka memasuki pasaran ASEAN malah orang Melayu takut untuk mengambil risiko, dengan adanya persatuan ini, kami menyediakan perkhidmatan dari semua segi termasuklah perundingan, selok belok perniagaan malah mengenai cukai.

“Kami boleh membimbing usahawan muda yang berminat untuk memulakan perniagaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden Perbankan dan Kewangan (Perda-ASEAN), Datuk Dzulkifli Mahmud berkata, persatuan itu akan bekerjasama dengan beberapa institusi kewangan di Malaysia bagi memberi penerangan mengenai kemudahan dalam pembiayaan eksport dan eksport insuran menggunakan kemudahan dalam talian.

“Pihak institusi kewangan di Malaysia telah memberi respons positif mengenai persatuan yang baru ditubuhkan ini malah mereka juga menjemput kami untuk menggunakan kemudahan pembiayaan secara dalam talian,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN