Bapa saudara tikam kanak-kanak 59 kali didakwa Isnin ini - Utusan Malaysia

Bapa saudara tikam kanak-kanak 59 kali didakwa Isnin ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Jun – Lelaki berusia 21 tahun yang merupakan suspek dalam kes bunuh seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun di Jalan Kuang Gunung 4, Taman Kepong di sini akan didakwa pada Isnin depan.

Memuatkan artikel berkaitan…
RUSDI MOHD. ISA
RUSDI

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa berkata, suspek yang merupakan bapa saudara kanak-kanak itu akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Di mana suspek akan dituduh, perkara itu hanya akan dapat diketahui Isnin nanti,” katanya, di sini hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan kanak-kanak malang yang dikenali sebagai Selena itu ditemukan neneknya di dalam bilik stor kediaman mereka dengan lebih 30 kesan tikaman di badannya.

Difahamkan suspek berusia 21 tahun yang merupakan saudaranya datang ke rumah tersebut bagi melawat ahli keluarga sebelum berlaku insiden tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, hasil laporan forensik mendapati, kanak-kanak perempuan itu ditikam sebanyak 59 kali dengan tiga kesan tikaman itu mengenai jantung dan paru-paru mangsa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN