Mohamad Sabu baca khutbah Jumaat di Kem Gua Permai - Utusan Malaysia

Mohamad Sabu baca khutbah Jumaat di Kem Gua Permai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu membaca khutbah dan menunaikan solat Jumaat bersama 750 pegawai dan anggota tentera Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Surau Salahuddin Al- Ayubi, Kem Gua Permai di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Solat Jumaat itu diimamkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu dan Panglima Dua Briged, Datuk Mohd. Nizam Jaafar dan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Asmuni Awi.

Mohamad Sabu sewaktu menyampaikan khutbahnya menegaskan umat Islam perlu melakukan pengislahan atau pembaharuan serta membetulkan segala kesilapan yang lalu dengan kembali mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.

Menurutnya, umat Islam seluruh dunia hari ini ketinggalan dalam segala bidang akibat berpecah-belah sedangkan orang Islam sepatutnya menerajui dunia.

Beliau berkata, orang Islam harus mengkaji, merendah diri dan meminta ampun kepada Allah dengan apa yang berlaku serta mengaku tidak memenuhi ajaran yang ditentukan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN