[VIDEO] Kerajaan negeri diminta segera lantik MPKK - Utusan Malaysia

[VIDEO] Kerajaan negeri diminta segera lantik MPKK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Jun – Kerajaan negeri diminta menyegerakan lantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang baharu bagi mengelakkan penduduk berdepan masalah khususnya pengesahan borang akibat ketiadaan ketua kampung ketika ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd. Harun berkata, kementeriannya telah menyerahkan segala urusan berkaitan pelantikan dan penamatan jawatan berkenaan kepada kerajaan negeri dan kini terpulang kepada mereka bagi menyelesaikan lantikan tersebut.

“Pelantikan dan penamatan MPKK ini kita serahkan kepada kerajaan negeri, maknanya segala urusan (berkaitan) di bawah mereka.

“Ini merupakan keputusan jemaah menteri yang diputuskan Rabu lepas. Jadi, kita akan maklumkan kepada semua kerajaan negeri kerana isu pelantikan ini akan dibuat mereka. Kita mahu lantikan dibuat secepat mungkin,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Online ketika menghadiri Majlis Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) kebudayaan dan permainan serta sambutan Hari Raya Aidilfitri di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datok Lokman di sini.

Video oleh AHMAD SHAZWAN MD. YUSOF

Beliau mengulas masalah yang dihadapi penduduk kampung khususnya berkaitan pengesahan borang pendidikan bagi pelajar yang layak ke universiti awam dan swasta berikutan penjenamaan semula Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Dalam pada itu, ditanya mengenai isu peruntukan kepada kerajaan-kerajaan negeri, Rina berkata, kerajaan sedang mengenal pasti mekanisme baharu dalam mengagihkan dana tersebut termasuk kepada negeri-negeri yang ditadbir pembangkang.

“Peruntukan ini akan disalurkan menerusi kerajaan negeri dan kita sedang mengkaji beberapa mekanisme yang sesuai untuk negeri-negeri lain. Bukan tidak bagi langsung tapi kita tengah mengkaji.

“Jadi, tidak timbul isu (tidak adil dan sebagainya). Saya harapa tiada lagi salah faham mengenai kenyataan tersebut,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN