Kejutan Jin Wei di laman sendiri - Utusan Malaysia

Kejutan Jin Wei di laman sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMAIN perseora­ngan wanita negara, Goh Jin Wei melakar kejutan apabila berjaya me­numbangkan pemain No. 9 dunia, Sung Ji-hyun dari Korea Selatan bagi menempah tiket ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2018 hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…
Ia adalah kali pertama pemain kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu layak ke pusingan suku akhir Terbuka Malaysia serta yang setaraf dengannya.

Pada aksi pusingan kedua yang berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam, pemain berusia 18 tahun itu memulakan saingan dengan perlahan, namun kembali menemui rentak permainan menerusi kemenangan 21-15, 18-21, 23-21.

Menurut Jin Wei yang berada di kedudukan ke-32 dunia, kejayaan tersebut merupakan satu kebanggaan bagi dirinya terutama apabila turun di gelanggang sendiri.

“Saya amat teruja apabila dapat menewaskan pemain pilihan ketujuh kejohanan. Saya bernasib baik kerana meraih kemenangan memandangkan Ji-hyun dapat membaca corak permainan saya. Aksi pertama saya tewas dengan agak teruk.

“Namun pada set kedua, saya mengubah corak permainan sehingga boleh me­ngutip banyak mata. Saya mengambil kelebihan ini untuk terus fokus sehingga menang, sekali gus membawa perlawanan ke set penentuan.

“Tidak dapat dinafikan bahawa sokongan daripada penonton telah memberi motivasi kepada saya untuk terus berjuang.

“Kehadiran mereka telah membuatkan saya berjuang habis-habisan seperti perlawanan akhir,” katanya yang akan menentang pemain pilihan pertama, Tai Tzu Ying dari Taiwan pada suku akhir hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN