AWANG - Utusan Malaysia

AWANG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIAPA nakhoda UMNO yang baharu akan ditentukan esok.

Memuatkan artikel berkaitan…

Setakat ini tiga calon utama disebut-sebut akan bersaing se­ngit terdiri daripada Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Khairy Jamaluddin.

Layak atau tidak salah seorang daripada mereka mengemudi UMNO akan bergantung kepada sejauh mana sokongan akar umbi – bahagian dan cawangan.

Pemilihan UMNO kali ini penting bagi kelangsungan parti keramat orang Melayu itu, sekali gus bertekad untuk bermuhasabah dan memperbaiki kesilapan era sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bukan sahaja 3.6 juta ahli UMMO, bahkan sebahagian besar orang Melayu yang masih menaruh harapan besar kepada UMNO mahukan parti itu memainkan peranan sebagai pembangkang yang berkesan seperti mana yang pernah dilakukan Pakatan Harapan.

Maka, semua calon bertanding dan para penyokong mereka harus menghindarkan diri dari keghairahan melampau berebut jawatan dan bersengketa sesama sendiri.

Sebaik sahaja kedudukan jawatan nombor satu parti itu diketahui malam esok atau selewat-lewatnya pagi Ahad nanti, bekerja keraslah kembali untuk survival UMNO, membela orang Melayu, agama dan bangsa. Ghairahlah untuk melihat kepada punca kekalahan, mencari di mana silapnya dan kembali sebagai pemenang dalam PRU-15.

AWANG – Tidak lena tidur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN