Perlis santuni pasukan keselamatan - Utusan Malaysia

Perlis santuni pasukan keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SATUN, Thailand 28 Jun – Setiap kali menjelangnya Aidilfitri, kerajaan negeri tidak pernah melupakan pengorbanan anggota keselamatan yang terpaksa mengorbankan kegembiraan menyambut lebaran demi tugas menjaga keskeamanan negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menjadi kelaziman, pada setiap tahun, kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis akan menyerahkan sumbangan kuih raya kepada anggota yang berada di perbatasan negara.

Lebih istimewa, setiap kali itu juga, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalul­lail sendiri akan turun padang di setiap lokasi terpilih sama ada di negeri ini atau Thailand bagi menyampaikan sumbangan tersebut selain memberi kata-kata semangat kepada anggota keselamatan yang bertugas.

Tahun ini, majlis bantuan tersebut diadakan di Masjid Kuandon, Satun, Thailand iaitu pada 11 Jun lalu apabila baginda berkenan menyampaikan sumbangan itu kepada anggota ke­selamatan dan petugas Malaysia-Thailand selain bersama mereka berbuka puasa dan solat tarawih berjemaah.

Berangkat sama pada program itu ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda bongsu baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Terdahulu baginda singgah di sekolah Khuan Don Wittaya dan meluangkan masa kira-kira 30 minit bagi melihat sendiri Pusat Inovasi 3R kitar semula yang telah menjadi juara bagi seluruh Thailand selain menyerahkan sumbangan daripada MAIPs.

Baginda bertitah, program tersebut diadakan sejak lebih 10 tahun lalu bagi menghargai pe­ngorbanan anggota keselamatan yang bertugas khususnya pada hari raya.

“Kita tidak pernah melupakan anggota keselamatan ini yang banyak berkorban dalam menjaga keselamatan dan keamanan negara,” titah baginda.

Untuk rekod, majlis sumbangan kuih raya tersebut diadakan di lokasi yang berlainan pada setiap tahun sama ada di sekitar Selatan Thailand atau negeri ini.

Sejak lima tahun lalu, sumbangan tersebut turut diagihkan kepada anggota keselamatan dari Thailand khususnya di kawasan-kawasan sempadan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN