BEIRUT 28 Jun – Beberapa siri bedilan udara di kawasan dikuasai pemberontak di selatan Syria menyebabkan 46 orang terkorban, termasuklah lima kanak-kanak sejak semalam.
Memuatkan artikel berkaitan…
Menurut Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia ke Syria, sekurang-kurangnya 35 serangan udara dilancarkan oleh Rusia di bandar al-Mseifra.
“Ini adalah angka korban tertinggi dicatatkan sejak serangan bermula pada 19 Jun lalu,” kata ketua pertubuhan terbabit, Rami Abdel Rahman. – AFP











