Gunung Agung muntahkan abu - Utusan Malaysia

Gunung Agung muntahkan abu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALI 28 Jun – Gunung berapi Agung memuntahkan abu setinggi 2,000 meter ke udara, sehingga menyebabkan beberapa syarikat membatalkan berpuluh penerbangan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut papan maklumat penerbangan atas talian di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai menunjukkan, pesawat Jetstar, Virgin Australia, Qantas, Korean Air dan AirAsia membatalkan penerbangan mereka ke Bali.

Sebanyak 26 penerbangan antarabangsa dari luar dan dalam negara telah dibatalkan, menyebabkan 5,000 penumpang terjejas.

Selain itu, 10 penerbangan domestik turut dibatalkan, mengakibatkan lebih 1,700 penumpang terjejas. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN