Amar Singh bertemu Jawatankuasa Siasatan 1MDB - Utusan Malaysia

Amar Singh bertemu Jawatankuasa Siasatan 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Jun – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh hari ini mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi Jawatankuasa Siasatan 1MDB, Tan Sri Abu Talib Othman berkata, Amar Singh hadir bagi memaklumkan mengenai perkembangan siasatan kes 1MDB.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai pertemuan tersebut.

“Kami hanya berbincang mengenai perkembangan kes 1MDB antaranya berkaitan aktiviti dan pelaburan wang 1MDB bagi mengelakkan sebarang pertindihan siasatan.

“Tiada sebarang dokumen diserahkan kerana kami bukan pihak yang bertanggungjawab meneliti kertas siasatan kes tersebut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Menara Ilham, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini