Jin Wei ke suku akhir Terbuka Malaysia - Utusan Malaysia

Jin Wei ke suku akhir Terbuka Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Jun – Bekas juara remaja dunia, Goh Jin Wei terpaksa bekerja keras hingga ke set penentuan sebelum mengesahkan slot suku akhir kejohanan badminton Terbuka Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini hari ini

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemain berusia 18 tahun itu beraksi lebih sejam sebelum menang 15-21, 21-18, 23-21 ke atas pilihan ketujuh dari Korea Selatan, Sung Ji Hyung.

Dia mengakui, permainannya pada set pertama tidak menjadi selepas Ji Hyung berjaya membaca strategi yang digunakan tetapi berjaya bangkit semula dengan corak permainan berbeza di set berikutnya.

Pada set ketiga, dia memberitahu, kedua-dua mereka boleh menunjukkan kekuatan masing-masing tetapi dia hampir kecundang pada hujung permainan selepas terikat 19-19.

“Ketika itu (kedudukan terikat 19-19) saya rasa macam nak kalah tetapi saya tetap teruskan permainan menyerang dan berharap kepada tuah dan memang saya sangat bertuah apabila berjaya menang.

“Kehadiran penyokong yang ramai juga memberi semangat kepada saya kerana mereka percaya saya mampu menang dalam perlawanan ini,” katanya ketika ditemui selepas tamat permainan.

Sementara itu, nasib tidak menyebelahi pasangan beregu wanita negara, Vivian Hoo-Soong Fie Cho selepas mereka tewas kepada pilihan kelima dari Jepun, Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi 14-21, 9-21. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini