Pahang kaji elaun pengerusi MPKK - Utusan Malaysia

Pahang kaji elaun pengerusi MPKK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 28 Jun – Kerajaan negeri akan mengkaji terlebih dahulu berhubung pembayaran elaun sebanyak RM900 kepada semua pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang kini dikenali Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) seperti diamalkan sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan sama ada ingin meneruskan pembayaran pada kadar sama atau sebaliknya adalah bergantung kepada kedudukan kewangan sedia ada.

“Sebelum ini (ketika pemerintahan Barisan Nasional), pengerusi JKKK menerima elaun sebanyak RM500 daripada bantuan kerajaan Pusat (RM400 lagi dibayar kerajaan negeri).

“Di bawah pimpinan baharu (Pakatan Harapan), JKKK ditukar kepada MPKK.

Harapan kita agar diteruskan (pembayaran elaun ketua kampung) untuk kebaikan rakyat di negeri-negeri pembangkang,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia Cawangan Pahang di Rumah Tamu Taman Gelora di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini